Kamarin sia pigi sana mini putrajaya di KK urus passport.
Limpas sana Jabatan pendaftaran, alala sasak sasak!!!! Semua macam urus kad hijau. Kad hiijau ini teda keraguan lagi baginya. Ia adalah daya penarik mega yang sungguh lakudi Putrajaya; lebih hebat dari skim buluh mas.
Sabar, sabar... nanti dapat juga tu
Gambar Daily Express
Apa-apa ja la bos, tapi soalnya status sementara diberikan kepada orang teda negara.
Apa macam tu? Sudah namanya orang teda negara. Ka manalah diorang mo pigi kalu suda teda negara, sila jawab?
Ting! Ting! … abis masa suda.
Jawabnya, teda ka mana-mana. Lugai-lugai sinilah kan...
Oleh kerana itu kita harus bagi satu kad istimewa untuk orang teda negara yang bikin kasian ini, bilang jabatan pendaftaran. Kanapalah dorang teda nagara sia pun tia paham. Jadi nah, bagi satu kad hijau yang boleh luput dan distatuskan jadi penduduk sementara.
Okay, saya memang tidak suka Umno. Tapi dalam masa yang sama juga tidak membenci Umno.
Pandangan saya terhadap para pemimpin Umno Sipitang pun begitu. Saya tiada sebab untuk membenci mereka mereka secara peribadi. Tiada kesempatan untuk mengenali dari dekat kerana kehidupan mereka sentiasa dipagari oleh konco-konco dan para penyokong yang bergentayangan di sekeliling.
Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga.
Musim hujan yang berterusan bakal mengundang limpahan air di kawasan lembah sungai dan kawasan pamah di sekitarnya.
Dunia kami kebetulan terletak di kawasan limpahan baah [bah, banjir]. Dalam hal ini, baah bagi kami adalah seumpama keadaan “alah bisa tegal biasa”.
Di sepanjang masa kami cukup dekat dengan dengan baah.
Dekat maksudnya banjir boleh melanda 2 – 3 kali setahun pada waktu tertentu.
Mungkin agaknya berpunca daripada kejadian peredaran monsun ataukah kitaran hujan, limpahan baah lebih kerap bermula awal pagi berbanding pada siang hari.
Tok Batin Sabah boleh, kenapa pulak Osu tak boleh. Tamby Cheek boleh, kenapa Osu tak boleh. Anwar boleh, kenapa pulak Osu tak boleh.
Malaysia Boleh!
Sabah Boleh!
Tapi nampaknya Osu tetap TAK BOLEH. Dia akhirnya tewas ditangan Datuk Rahim di dalam pemilihan ketua bahagian Umno yang merupakan jawatan yang bekas disandangnya.
They may be well-regarded in the party, but what of the nation as a whole?
"... Unlike (US President-elect) Barack Obama, OUR politicians are NOT seeking to inject HOPE or even COMPETENCE into public life. This is no more evident than in Umno.
UMNO's ongoing rejection of genuine talent in favour of those with money and family connections is driving away young Malay professionals.
(BBC) Americans elected Democrat Barack Obama as their first black president Tuesday, in a transformational election which will reshape US politics and reposition the United States on the world stage.
Obama, 47, will be inaugurated the 44th US president on January 20, 2009, and inherit an economy mired in the worst financial crisis since the 1930s, two wars in Afghanistan and Iraq and a nuclear showdown with Iran.
Oang daat juga mengamalkan sikap 'thinking out of the box'
Musim sejuk, berangin dan berkabus mengingatkan saya kepada sejenis cendawan kegemaran oang daat yang dipanggil “kulat tahun”. Maaf, saya tidak tahu apakah nama saintifik atau latin bagi cendawan ini. Puas saya cari di internet tapi belum jumpa-jumpa sampai sekarang.
Tentang namanya, saya menyimpulkan ia dinamai sedemikian kerana ianya merupakan kulat [- cendawan; yang bertumbuh di musim tertentu setiap]tahun.
Satu-satunya bahasa yang dikenali oleh orang Malaysia ialah bahasa camuk.
Saya akan menghadapi masalah berbual di dalam bahasa melayu baku, kerana orang lain tidak memahaminya.
Saya juga menghadapi masalah berbual dalam bahasa inggeris baku, kerana saya sendiri tidak memahaminya.
Secara jujur, bahasa melayu itu sendiri adalah lahir dari camukan budaya. Hanya ada beberapa perkataan asal melayu yang tertinggal adalah sehingga sekarang, diantaranya 'babi' dan 'ubi'.
Yang lain, semuanya hasil camukan antara bahasa sanskrit dan bahasa arab.
Kemudian dicamuk dengan bahasa portugis, bahasa sepanyol, bahasa belanda, dan kemudian dibalut dengan kemas menggunakan bahasa Inggeris sebagai intinya.
Tetapi jangan pandang rendah kepada bahasa camuk. Walaupun ia dicamukkan secamuk-camuknya, tetapi mampu juga menjadi lingua franca sejauh Port Said di Afrika sehingga tahun 1950an.
Seruan Rais memang patut disokong, masalahnya bukan beliau, tetapi orang Malaysia sendiri. Saya pasti seruan beliau tidak akan dipandang serius sampai bila-bila masa pun.
"Do the numbers really matter? He already has the ‘licence’ to contest,” said one of his aides in reply to Khairy being the last of the three contestants to Umno youth top post.
I would say; YES, it matters. Being 'corot' means 'uncit' no matter what. Afterall, only one of them will be selected to the top position. For now, KJ is uncit, and this is enough to damage his long nose temporarily.
Ini kerana Pinnochio selama-lamanya dilindungi dari kelakuan mesum. Jika ia berbuat onar, hidungnya bakal menjadi panjang dan hanya akan menjadi kontot semula apabila terus-terusan bercakap benar.
Si hairy pula, suka banget dengan hidungnya yang menopang langit. Kayak si Jalak, ekor masih basah kerana terkencit-kencit nak dapatkan cukup pencalonan, sekarang mula berkokok sumbang!
Sejarah Khairy lari dari debat: Dua kali dengan Adlan Benan, Tiga kali dengan PAS
Khairy baru saja cukup jumlah pencalunan dan kini sudah balik kepada kebiasaannya hendak tunjuk angkuh dan lagaknya. Sudah lupa dia menyembah-nyembah perwakilan-perwakilan Pemuda Bandar Tun Abdul Razak meminta pencalunan.